ADD SAYA DI FACEBOOK

Sunday 26 October 2014

KELEBIHAN VITAMIN E




Kelebihan Vitamin E



Salam sejahtera semua...

     Kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai kesihatan iaitu kelebihan Vitamin E. Vitamin E ni ape ye? Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu :-

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)


    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

Ini tokohnya... Dr. H.M. Evans

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung










     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.



2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.



    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

No comments:

Post a Comment