ADD SAYA DI FACEBOOK

Sunday 26 October 2014

KELEBIHAN VITAMIN E




Kelebihan Vitamin E



Salam sejahtera semua...

     Kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai kesihatan iaitu kelebihan Vitamin E. Vitamin E ni ape ye? Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu :-

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)


    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

Ini tokohnya... Dr. H.M. Evans

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung










     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.



2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.



    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

Monday 20 October 2014

AMALAN MURAH REZEKI










































Amalan murah rezeki. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

PERFORMANCE DRINK



Saturday 18 October 2014

PENYELARASAN HARGA DI SABAH SARAWAK




Penyelarasan Harga Sabah dan Sarawak



Buat yang tak tahu lagi, Shaklee telah menyelaraskan harga di Sabah dan Sarawak. Harga yang lebih rendah telah ditawarkan dari 1 Februari 2014. Harga ini adalah bersamaan dengan harga barangan Shaklee yang dijual di Semenanjung. Haaaa kalau dulu ramai pelanggan yang merungut sebab harga di Sabah Sarawak lebih mahal daripada yang di Semenanjung, sekarang tidak lagi! Semua harga adalah SAMA!
Nak beli dengan harga lebih murah lagi? Jom join ahli di bawah saya dan dapatkan barangan Shaklee dengan harga ahli SETELAH anda MENJADI ahli.





Bagaimana Untuk Menjadi Ahli Shaklee?


Bagaimana Untuk Menjadi Ahli Shaklee?


Kini lebih mudah untuk anda menghubungi Shaklee Distributor berdekatan anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang diimpikan.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke The Millionaires Club. The Millionaires Club ialah salah satu kumpulan di bawah susur galur Jutawan yang kini mempunyai 20 orang Masters.
Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit
Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.
Atau, jika anda mempunyai network di Indonesia dan ingin membawa Business anda ke peringkat global, anda boleh membuat pembelian Gold Ambassador Pack (GA Pack). Dengan GA Pack, anda boleh menaja bukan sahaja di Malaysia malah di setiap negara Shaklee beroperasi.
Kelebihan menjadi Pengedar Sah Shaklee:
^^ Keahlian adalah SEUMUR HIDUP, TIADA RENEWAL.
^^ Majalah Rasmi “Shaklee Today” akan diterima secara berkala terus ke email anda.
^^ Nikmati potongan harga 15-33% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu “head-hunting” untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah. 
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, product knowledge, motivation dan lain-lain.
^^ SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee. Menjana INCOME 4-5-6 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN VVIP bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!
Sertai kami sekarang!
Hubungi saya:

Junaida Yaakub(Puan Ju)
SHAKLEE Independent Distributor
ID 1147692
Fan Page @Kedai Vitamin Chemor dan Meru Raya
Pos ke seluruh Malaysia
pm
whatsapp 0194960322
fb Junaida Yaakub

Saturday 11 October 2014

CARA MINUM ESP DI BULAN PUASA



Nak berpuasa di bulan Ramadhan?
Puasa sunat isnin atau khamis?
Puasa ganti?
Haaa mari amalkanlah cara ini,,,ye lah kalau dah masa berpuasa
lain la sikit cara pengambilan ESP nih!

Cara terbaik untuk minum ESP ini pada masa berpuasa adalah sewaktu kita bersahur.

Anda boleh campurkan 1 sudu besar ESP bersama minuman kegemaran anda,,tapi INGAT!!!!! jangan terus campur kan dengan air panas yang betul-betul baru dimasak dan sedang menggelegak tu yeer!!!!kalau rasa dah suam-uam sikit baru lahdi campurkan dengan sesudu ESP tadi.

Kalau anda gemar bersahur hanya dengan kurma rajin-rajinkan diri untuk blend kurma dan lepas tu campur kan ESP ,,haaaaa!!!!!
kenyang memang lama.



JUS KURMA




JUS OREN



Ikutlah sunnah nabi--bersahurlah dihujung waktu,,tetapi sebelum dihujung waktu tu kita mesti bangun awal kan?Maalum lah semestinya kita nak ambil masa nak menyediakan makanan mungkin untuk anak-anak dan keluarga.

Tapi kalau bujang atau memang jenis tak makan sahur tu boleh la bangun dihujung waktu dan cukup sekadar minum air sahaja.

Selepas bangun dari tidur sebelum buat aktiviti lain tu kita mulakan dengan minum ESP dulu dengan air sejuk atau air suam,,,atau kalu nak lagi sedap buat lah variasi bancuhan seperti campuran jus kurma yang saya katakan tadi tu..

Kemudian baru lah kita mulakan dengan aktiviti lain seperti memasak untuk persediaan untuk bersahur untuk keluarga tadi tu.









Bila dah selesai masak dan hidangan dah tersedia boleh la anda panggil anak-anak dan suami untuk bersahur,,,,dan pada masa tu la kalau anda nak bersahur dan makan sekali,,boleh la sama-sama anda bersahur di hujung waktu dengan nak-anak dan keluarga.






Nak berbuka tu macam biasa lah tetapi katakan lah kita berbuka dengan minum air yang bercampur susu seperti tembikai susu atau carrot susu,,memang rasa kenyang dah,,,rasa macam dah tak nak makan nasi.

Macamtu lah saya kalau berbuka di bulan ramadhan dengan amalkan ESP ni,,kenyang terus tak ada rasa nak ulang-ulang makan di waktu malam dah.Tapi rasa rugi pulak kalau tak menjamah makanan yang sedap-sedap tu.

Sebelum masuk tidur pula jangan lupa ambil ESP.1 sudu besar campur air suam atau sejuk.Waktu pengambilan ini adalah penting kerana pengambilan ESP atau apa-apa saja supplement biar lah diwaktu perut kosong adalah  waktu yang terbaik.Ini lah masa dan peluang supplement itu untuk menyerap dan menyelinap keseluruh pelusuk sel dan tisu badan kita

Bangun tidur pulak terus ambil 1 sudu ESP lagi,,,kalau tak percaya anda cuba buat  dan tengok hasilnya,,,eehhhmmmm MARVELLOUS.

Kita ni manusia kan,,kalau nak kata  tak lapar langsung tu tipulah,,,,tambahan pulak tengok makanan yang sedap,,tipu lah kalau rasa tak terliur,,,,tapi sekurang-kurang perut masih lagi rasa kenyang,,,,badan pun ada tenaga dan tidak lemah/lesu kalau tak makan...Paling elok kalau ada yang nak mengurangkan berat badan.
Anda jangan risau andai kata anda tak makan nasi satu hari pun tak ada masalah sebab protein dalam ESP ini sudah lengkap dengan sumber nutrisi harian kita,,,ibarat sudah lengkap makanan harian kita....OK selamat mencuba.





Variasi resipi cara bancuh ESP


Cara Bancuh ESP


Ada yang bertanya pada saya. ESP tu sedap ke? Bancuh dengan apa?

Masa mula-mula saya minum dulu, saya akan katakan tak sedap sebab saya memang tak suka air soya. Tetapi setelah beberapa kali cuba (trial and error) sekarang boleh la kata ESP ni sedap! Antara cara bancuhan ESP –
1. ESP + Air suam

2. ESP + Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)



3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)


4. ESP + SusuAnmum


5. ESP + Nesvita 3in1

6. ESP + jus twister tropicana

7. ESP + Ribena


8. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)


9. ESP + Milo/Horlicks

10. ESP + sirap bandung

11. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend)
12. ESP + KOKO + OAT
13. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 

14. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
15. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (blend)
16. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)


Kegemaran saya? 

1. ESP + Chocolate Dutch Lady 


2. ESP + Nestle Bliss (Peach and Mango) 


3. ESP + Meal shakes + Performance Drink


Kesimpulannya, ESP ni boleh dibancuh dengan apa saja KECUALI air panas kerana itu akan menghilangkan nutriennya dan jangan pula mengambil lebih daripada 3 sudu besar ESP sehari kerana ia akan memberatkan buah pinggang untuk memproses protein yang berlebihan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



- its all about sharing the things we love and I love Shaklee -




Gastrik – Penyebab dan Punca-punca Lain


Apa itu Gastrik?
 
istilah perubatannya, gastritis
sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. 
Penyebab Gastrik
 
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik
~Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
~Pengambilan alkohol yang berlebihan
~Pengambilan kokain
~Merokok
~Stres
~Gangguan autoimun
~Penyakit crohn
~Radiasi dan kemoterapi
~Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
~Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
~Rembesan asid gastrik yang berlebihan
~Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
~Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua
~Akut
apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
~Kronik
terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Testimoni Pesakit Gastrik yang Mengambil ESP
Klik di sini untuk mengetahui bagaimana ESP bantu mengurangkan gastrik.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




simptom-simptom gastrik



Nak cuba ESP
Hubungi saya
Junaida Yaakub(Puan Ju)
SHAKLEE Independent Distributor
ID 1147692
Fan Page @Kedai Vitamin Chemor dan Meru Raya
Pos ke seluruh Malaysia
pm
whatsapp 0194960322
fb Junaida Yaakub






Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan

Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan?

Makan Vitamin Tapi Tiada KesanSituasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun”
Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”

Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?
Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?
Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim saya terima dari customer adalah
“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”
Jadi suka saya nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.
Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?
Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.
Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.
Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisisini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.
Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kenahealing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.
Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.
Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?

  1. Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.
  2. Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.
  3. Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.

Healing crisis adalah semulajadi. Dan pengalaman saya orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda

  1. Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
  2. Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
  3. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
  4. Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!