ADD SAYA DI FACEBOOK

Wednesday 8 October 2014

APAKAH PROTIN

APAKAH YANG DIKATA KAN PROTIN


Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Setiap aktiviti tubuh badan kita dijalankan oleh protein, tanpa protin badan kita seumpanya runtuh seperti runtuhnya keluli pada bangunan tinggi.
Protein mengandungi unsur Karbon (C) , Hidrogen (H), Oksigen (O), dan Nitrogen (N). Unit asas protein ialah Asid Amino. Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein.
Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 asid amino perlu:
  1. Histidina
  2. Isoleusina
  3. Leusina
  4. Lisina
  5. Valina
  6. Metionina
  7. Fenilalanina
  8. Treonina
  9. Triptofan
Manakala Asid amino tidak perlu pula terdiri dari:
  1. Alanina
  2. Arginina
  3. Aspargina
  4. Asid Aspartik
  5. Aisteina
  6. Asid Glutami
  7. Glutamine
  8. Glisina
  9. Prolina
  10. Serina
  11. Tirosina
FUNGSI PROTEIN: Triptofan adalah pelopor kepada vitamin niasin, ia juga pelopor kepada neurotransmitter serotonin.  Tirosina pula pelopor pembentukan pigmen kulit dan rambut. Protein terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.
Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul Antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.


                                                             TANDA-TANDA KEKURANGAN PROTIN
                                                    

No comments:

Post a Comment